Menulis blog dan “blog walking” adalah hobi percisan sis. Semua penulisan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Ia hanya penceritaan atas dasar sebuah perjalanan sis. Tidak mengharapkan follower, tidak mengharapkan highest viewer. Ditulis mengikut kata hati, insyaAllah akan sis share yang positive. Terima kasih kerana sanggup singgah ke mari. KERANA INI CERITA SEBUAH PERJALANAN.

Monday, 24 September 2012

nak ber"mutiara" kata...

Topic: Mutiara kata dari Acu Aikien's(copy paste jek!!!!)
Date: 24 Sept 2012
Venue: Meja study rumah sewa...


Salam you allz,

hui, dah lama juga ye Acu tak masuk blog...
asik masuk blog orang jek!!!
banyak cerita tapi Acu punya tangan ni mengada...huhuhu
ok lah tak nak melalut lagi lah, yok Acu share kan kata-kata mutiara yang menarik minat Acu...


1. "Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan."



2. "Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu."




3. "Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging."



4. "Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri."




5. "Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain."





6. "Bila jumpa seseorang bayangkan kali pertama jumpa dan jangan kenang perkara yang lalu dan buang semua prasangka. Lihat bagaimana hubungan kita akan menjadi indah."





7. "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


8. "kaum wanita boleh buat pilihan hari ini bila berpakaian adakah apa yang Allah redha atau tidak, ikut trend atau set trend. Orang yang berkeyakinan diri tidak perlu ikut trend tetapi akan set trend. Tanya diri kita kenapa kita pakai apa kita pakai dan jika rasa payah menutup aurat setiap hari berdoa dikuatkan hati. Kita semakin dekat berjumpa Allah dan niat jaga solat kita hari ini dan niat solat awal waktu. Sama doakan minggu yg penuh keberkatan."


9. "Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."


ok, cukuplah ni jek nanti aku update post lain and lebih menarik,

oh, ye..last Thursday, part III(part Acu lah tu) ada arrange Jamuan Hari Raya and Induksi,
so nanti bila Acu dah free Acu update post okey...
see you allz at another post... 


´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ sky acuaikien's*´¨)

No comments:

Post a Comment