Monday, 1 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018 #siscuba

Assalammualaikum,
Selamat tahun baru 2018,

Sebuah kehidupan bukan sentiasa berada dalam kemudahan.
Petikan dari cerita Desolasi, “Kehidupan itu adalah sebuah soalan” dan di mana jawapan bagi soalan itu?
Jawapan dia sebenarnya terletak pada kita sendiri.
Macam mana kita nak jawab soalan tersebut semua terletak pada kita.
Atau kita menyerah ketika menjawab soalan-soalan tersebut.
Dan jawapan pada soalan tersebut bukan sahaja pada semudah ABC tetapi ia perlukan perancangan yang jauh.
Jadi disebabkan itu lah kita perlu berserah dan bergantung kepada Nya utk membimbing kita memilih jalan yang benar. Dan jika tersilap sekali pun, kita minta pada Nya utk tunjukkan semula ke jalan yang benar.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Ok lah, bukan sis nak tunjuk hebat atau berlagak dengan ilmu yang sedikit ini. Tapi ia sekadar perkongsian.
Dan setiap kali sis, menulis ia juga dapat mengingatkan sis akan hakikat kehidupan.
Ok lah, sampai di sini tulisan sis.
InsyaAllah nanti sis sambung semula.
Semoga Allah memberkati kamu sekalian

Yang Benar,
daqaikien

(daq aikien)