Menulis blog dan “blog walking” adalah hobi percisan sis. Semua penulisan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Ia hanya penceritaan atas dasar sebuah perjalanan sis. Tidak mengharapkan follower, tidak mengharapkan highest viewer. Ditulis mengikut kata hati, insyaAllah akan sis share yang positive. Terima kasih kerana sanggup singgah ke mari. KERANA INI CERITA SEBUAH PERJALANAN.

Saturday, 18 February 2017

"Favorite writer" dan Fahami Diri

Favorite writer       : Bonda Nor
Untuk tempoh ni sis meminati penulisan dari Bonda Nor.
Walaupun sis, baru baca satu buku beliau. hakikat baru ½ buku sis baca. Tapi ia memberi kesan yang deep.
Buku yang ½ baca, ingin memahami setiap butir ayat.

Btw, penulisan beliau melalui “facebook” pun amat menarik.
Korang type jek kat “facebook” tu “Bonda Nor” mesti jumpa punya.
Ini gambar profile “facebook” Bonda Nor


Hari ini, Bonda Nor ada upload new post. Mengenai Hobi menulis.
Yup, lately ni sis dapat penyakit. Penyakit nak menulis apa sahaja even though only one sentence, especially +ve thing.
Korg nak tau tak?
Sebelum ni sis rasa mcm ada batu yang duduk atas bahu ni. Tapi once sis start balik menulis, satu-satu batu tu, sis dapat di lontar buang, di bantu pula dengan sis sharekan dengan Allah.
Share dengan Allah dapat membersihkan rohani kita, menulis dapat memampankan lagi otak kita. Sis bantu diri nak jadikan diri ni dekat dengan +ve person and dekat dengan Allah. InsyaAllah, doakan ye!
Ala, korg kena faham. Tak semua orang, boleh faham kita. Cukup lah sorang dua, tak perlu tekan mereka. Beri mereka masa faham kita. Kita ni kena faham diri sendiri, baru apa yang kita nak orang faham pada diri kita, dapat mereka faham. (Pening kan ayat sis., it’s ok.)
Nak faham diri sendiri pun kena ada step, bukan main paksa diri sendiri memahami. Sebab itulah, kehidupan seperti perjalanan. Dalam perjalanan terdapat pelbagai kejadian, bentuk kejadian itulah mendidik kita memahami diri sendiri. Allah tak akan memberi sesuatu kejadian bersesuaian dengan hambaNya.
Ok lah, sis nak pergi Fahami Diri Sendiri.
Salam Sayang Dari Sis.

Yang Benar,
daqaikien
(daq aikien)



Friday, 17 February 2017

Tahun 2015

Yup,
Tahun yang tak pernah sis cerita pada siapa-siapa, suatu ketika dahulu.
That why kenapa sis share #ceritasebuahperjalanan
Sebab kehidupan bukan selancar yang kita sangka, tak semua smooth. Sedangkan minum air pun boleh tercekik ini kan sebuah kehidupan.
Tahun yang tough untuk sis.
Dulu dia rakan gaduh sis,
Dulu dia patient sis,
Dulu dia penasihat sis,
Tapi sekarang dia dah tiada.
Tanggal 26 Disember 2015, pemergiaan dia membuat sis hilang separuh jiwa.
Tapi sis gagah mencari laluan utk memujuk hati, mencari kekuatan bersama mak.
Dan baki senyuman terakhir dan kata maaf dia.
Itu lah “abah”. Pergi dia tanpa memberi peluang pada sis memohon maaf, tapi dia pula yang meminta maaf.
Setahun 3 bulan dia pergi tinggalkan kami, tapi sis rindu sangat dengan dia. #Alfatihahutkabah

Tapi selasa lepas 14 feb 2017,
Hati sis, di usik.
Si gadis molek berumur 23 tahun, manis orang nya.
Telah kehilangan kedua-dua insan paling dicintai, tengok cara nya. Dia seorang yang sangat kuat. Tapi adakah dalam kekuatannya, ada kata-kata yang tak terungkap.

The moral of story:
Kehidupan ini tak semua nya indah, kadang-kadang kita di serang kesediahan, kegembiraan, dan pelbagai lagi. Tapi utk tahun 2015 sis punya perjalanan cerita cantik sangat.
Gembira: Dapat pekerjaan yang masuk dengan jiwa.
Duka: Sis kehilangan abah, abah yang paling sis sayangi.


Yang Benar,
daqaikien
(daq aikien)

Tuesday, 14 February 2017

I'm Back You All..

Assalammualaikum semua,
Alhamdulillah, hati dah terbuka nak come back to my blog.
Sangat-sangat berhabuk, dengan bakat menulis dan meng"edit" blog yang dah lapuk.
Aduh, banyak sis nak kena "upgrade".
But dont worry you all doakan sis tau.

InsyaAllah dengan cerita yang lebih menarik,
dan pengisian yang lebih ilmiah

Btw, kalau nak menulis ni banyak tau benda nak sis share.
but it's ok. We put aside all that things, we come out with new memory.


Ok lah, nanti sis come out with new story.

bye you guys. Assalammualaikum...